KESAKITAN pada tapak kaki atau plantar fasciitis ini sering diabaikan, kerana beranggapan masalah itu hanyalah sakit urat biasa, kepenatan atau kesan daripada aktiviti harian.
Lazimnya sakit tapak kaki sangat tajam dan terletak di pangkal tumit, tapi ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki yang menyebabkan sakit, bengkak dan lebam